Howdy
haha..apa khbr semua...
N dalam mood exam skrg..so lately kurang online lah..
3 paper dah abes..3 more to go..hee..
N dalam mood yang kurang baek..huhu..
disbabkan satu paper yng buat N down..huhu..
punyalah semangat study...kalo kawan lama tgk mesti dorang tak pecaya yang aku nie study..
yang sebenarnya N memang tak pernah buka buku pun dari tingkatan satu lagi..
sebab malas punya pasal..kalo gtau kawan2 kat skolah pun mereka takkan percaya yang N memang 100% tak penah buka buku..N memang pemalas orgnya,,,asyik tido je..
antara aktiviti yang N selalu buat sejurus sahaja
balik dari sekolah ialah melayari internet free yang
dulunya free 12 jam sahaja...tetapi sekarang dah advance ke 24 jam..
memang tak tido lah N kalo dah berada di hadapan laptop nie...hee
N pernah tak tido tiga hari berturut2 disebabkan penangan wireless nie...
tempat yang selalu dilayari oleh N ialah Friendster, Myspace dan Facebook..
tidak hairan lah kalo korang selalu tgk N online 24 jam kalo berada di umah..
semua exam yang diambil disekolah menengah dahulu takde lah truk sgt
tetapi ada tak lah pandai sangat setakat dapt B dan C je..haha..
mata pelajaran yang paling lemah masa tu ialah Math, Math +, Biologi, Kimia, Fizik
dan mata pelajaran yang N paling minat ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..
setiap penggal kat sekolah...N memamg tak pernah lulus Math nie..memang lemah giler2 lah..
tetapi alhamdulillah masa PMR lulus semua..
tu pun memang N tak buka buku time nak exam tu..sempat men bola lagi..
smpai abes sekolah pun memang N malas nak buka buku..
smpikan SPM tergadai..hahah...gagal 2 subjek yang N tak suka..hhaha...
but sekarang N dah bersyukur sebab dapat masuk Universiti seperti remaja2 lain inginkan...tetapi N masih lagi dengan tabiat lama iaitu malas..ada sesiapa yang boleh bgi ubat untuk org malas nie..
apa yg N tau enjoy sana..enjoy sini...
tak fikir pun apa tujuan N datang universiti..
bila time2 bersendirian dalam bilik baru fikir semula...
apa yang nak jd ngan N nie...tak pernah tau erti bersyukur..
tuhan dah bgi yang terbaik untuk kita...
tapi tak pernah nak gunakan kesempatan ini..
N asyik leka je...tak nak belajar...
sebelum masuk universiti niat nak study betol2..
tapi bila dah masuk nie..byk je dugaan yang dtg tnpa diundang
adakah masih sempat untuk N kembali ke pangkal jalan..
kawan2 ada ckp masih sempat lagi...tetapi adakah N boleh berubah..
entah lah...
terima kasih pada pembaca2 blog N yang sudi mendengar luahan hati si pemalas nie..
kadang-kadang kita perlu berubah...tpi bila? kita pun sendiri tak tau..
"Allah takkan mengubah nasib sesorang kecuali dia sendiri yang mengubahnya"
k lah...daa...wish me luck ek...heee
Read More

























